Khamis, Disember 31, 2009

Majlis Ulang Tahun Muslimah Skincare ke-3

Majlis ini diadakan di Restoran Makanan Cina milik HPA iaitu, Radix Oriental Cuisine (ROC). Majlis ini dihadiri oleh seluruh warga Muslimah Skincare disamping tetamu jemputan daripada bahagian pengurusan tertinggi HPA yang terdiri daripada GM, AGM dan Pengurus Syarikat.

Dalam majlis ini seluruh warga Muslimah Skincare diraikan melalui cabutan bertuah. Hadirin yang hadir terhibur dengan persembahan Amran, HPA Raihan dan montaj ulang tahun ke-3 muslimah skincare. Montaj ulang tahun disediakan oleh pegawai latihan dan multimedia Mutiara Hikmah Sdn.Bhd.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dari qari jemputan dari KUIN (Insaniah). Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Urusan HPA iaitu, yang berbahagia Tn Hj Ismail Ahmad.

Ucapan beliau,


Read more...

Ahlan Wasahlan 2010

2009 telah berlabuh, seluruh warga kerja HPA Sungai Petani menutup tirai 2009 dengan program perjumpaan staf dan Kuliah Perubatan Jawi (KPJ). Seperti biasa dalam program perjumpaan staf Pengarah Urusan HPA, iaitu yang berbahagia Tn Hj Ismail Ahmad akan berucap.

Ucapan beliau,

Tahun 2008 Al-wahida Marketing sdn.bhd. (AWM) telah mencatat keuntungan bersih sebanyak RM 2 juta dan HPA Industries sdn.bhd. mencatat untung bersih sebanyak RM 4 juta. Ini menunjukkan HPA kini boleh disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia.
Unjuran pada tahun 2010 ialah untung x 25% untuk menentukan pencapaian HPA pada 2010.

2010 apakah mimpi HPA?


Read more...

JASAMU DIKENANG

Detik 2010 kini bermula. Syarikat Mutiara Hikmah perlu selangkah lagi menuju kehadapan dalam memastikan "Produk Halal Tanggungjawab Bersama" akan terus didokong oleh warga kerja HPA.

Kini 2 orang pegawai latihan mutiara hikmah telah bertukar pusat operasinya. Jika dulu di Sungai Petani dan kini mereka di Pusat Operasi Zon Timur (POZTimur) dan Pusat Operasi Zon Tengah (POZT). Setelah 5 bulan berkhidmat disini kini mereka meneruskan khidmat mereka di tempat masing-masing. Walau dimana pun mereka berkhidmat mereka tetap warga HPA=Harapan Paling Akhir.

Read more...

Rabu, Disember 30, 2009

KPHPA Darjah Awal Kumpulan 20

Apa menariknya KPHPA DA Kumpulan 20 ?

Menariknya ialah bersama kita dalam kumpulan ini ialah sahabat pengarah urusan HPA iaitu,
En Tansidi @ Ibrahim bin Saidin. Beliau merupakan staf HPA ke 46. Sekarang HPA telah mempunyai 2000 orang staf. Dalam majlis penutup beliau berkongsi pengalamannya bersama HPA.

Ceritanya, beliau telah bersama Tn Hj Ismail Ahmad sejak di LPP Perlis. HPA bermula dengan pembuatan ubat dengan cara maajun, kemudian ubat periuk (SLM). Setelah menjadi anak angkat Bank Pembangunan, HPA memiliki sebuah kilang di Kuala Perlis. Dari situlah HPA mendapat GMP dan bermulalah era MLM atau jualan langsung.

Setelah itu HPA membuat ubatan kapsul dan membeli mesin-mesin baru bagi memudahkan operasi pengeluaran. Banyak leader-leader lain menyertai HPA. Jualan HPA meningkat. Setelah itu leader-leader mula meminta insentif demi insentif yang tidak munasabah tetapi tidak ditunaikan, maka mereka meninggalkan HPA. Jualan HPA jatuh. Tetapi seperti kata Pengarah Urusan HPA berniaga dengan Allah dan Allah yang akan menentukan jatuh bangunnya HPA.

Alhamdulillah HPA kini telah bangun semula dengan kekuatan ekonomi yang cukup mantap.
Menurut beliau lagi program perjumpaan staf dan program-program lain dulu diadakan di Dewan Amir Ramadhan, HQ, Jejawi Perlis. Usrah seringkali diadakan di Changkat Lada iaitu rumah Pengarah Urusan.

Nasihat beliau kepada staf HPA, mereka sendiri harus menjadi produk kepada umat Islam yang lain melalui cara pemakaian dan sebagainya seperti yang dikehendaki oleh Islam supaya umat Islam lain dapat menjadikan staf HPA sebagai contoh.

Moga-moga perkongsian pengalaman En Ibrahim Saidin yang kini bertugas di cawangan HPA Padang Besar dapat membuka minda-minda staf HPA yang baru. Sama-samalah kita berdoa agar kita dapat menuruti nasihat beliau. Amin


"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Read more...

Kursus Penghayatan HPA Darjah Awal (KPHPA DA)

'KPHPA DA' kini telah masuk ke kumpulan yang ke 20. Seramai 1000 orang staf HPA telah mengikuti kursus ini tidak termasuk PJS dan ejen stok. Sekiranya dimasukkan jumlahnya melebihi 1300 orang.

Apakah pengisian kursus ini.
1.Meluruskan niat = staf diberi kuliah tentang niat bersama HPA dan perlu memperdengarkan bacaan hadis niat kepada ustaz/ustazah.
2.Pengukuhan Akidah = menggunakan buku Inilah Pegangan Kami (IPK) staf diberi kuliah mengenai perkara-perkara yang boleh membawa kepada syirik kepada Allah supaya staf HPA dapat menghindari perkara atau amalan tersebut.
3.Sidang pleno = staf perlu menulis akujanji mereka bekerja dengan hpa dan janji ini perlulah dilaksanakan.
4.Kemanisan amal = iaitu perlu sentiasa berwuduk, membaca zikir al-mathurat, hafalan hadith niat matan arbain, solat berjamaah, qiamullail, muhasabah diri dan tazkirah serta penerangan tentang perkara fardhu ain.

Pengarah Urusan HPA, iaitu yang berbahagia Tuan Haji Ismail Hj Ahmad telah mengumumkan kepada para alumni herbalis dan kepada para PJS di Hotel de Palma Ampang yang lalu bahawa HPA kini mempunyai 2000 orang staf .

Pengumuman ini bermakna bertambahlah tanggungjawab pegawai latihan mutiara hikmah untuk mengadakan KPHPA DA kepada staf HPA. Tujuan kursus ini diadakan untuk mendekatkan staf baru dengan roh perjuangan HPA dan untuk mendidik staf supaya dapat bekerja bukan semata-mata kerana gaji sebaliknya kerana perjuangan yang dibawa oleh HPA.

Sama-samalah kita doakan agar Allah s.w.t memberi kekuatan kepada pegawai latihan mutiara hikmah untuk melaksanakan tanggungjawab besar ini. Amin.

Mutiara Hikmah = "Perintis Harapan Ummah"

Read more...

Kedai Buku Mutiara Hikmah

Kedai Buku Mutiara Hikmah kini bertukar kepada HPA Islamic Bookstore.
Dulu kedai ini dimiliki oleh anak syarikat HPA iaitu Mutiara Hikmah Sdn.Bhd.
Kini kedai buku dimiliki oleh Teknologi HPA sdn.bhd. Pengurus syarikat ini ialah Ustaz Ahmad Adnan Fadzil iaitu, Setiausaha Panel Syariah HPA dan juga Pengurus RFC.sdn.bhd.

HPA Islamic Bookstore kini ditadbir oleh ustaz firdaus dibawah seliaan ustaz adnan. HPA Islamic Bookstore kini sedang mempromosikan buku dengan harga RM10 sahaja iaitu buku JMH 1, JMH 2, Satu Dekad dan setiap belian bernilai RM10 akan mendapat kalendar HPA percuma.

Marilah sama-sama kita ke kedai buku HPA untuk mendapatkan majalah, novel, buku motivasi, kitab agama, kitab al-quran dan banyak lagi. Sama-samalah kita menyokong ekonomi Islam.
HPA=Harapan Paling Akhir.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Read more...

About This Blog

HPA Training bertanggungjawab dalam mengendalikan Kursus/Latihan kepada staf HPA, PJS, Ahli HPA dan sebagainya. Jabatan ini terbahagi kepada dua iaitu Latihan Dalaman (khusus kepada staf) dan Latihan Luaran (khusus kepada PJS dan ahli HPA). Antara latihan yang telah dijalankan ialah Kursus Penghayatan HPA-Darjah Awal (KPHPA), Sijil Herbalis, Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC) dan lain-lain lagi.

Kursus penghayatan HPA darjah awal (KPHPA) merupakan Ilham Pengarah urusan HPA yang bertujuan untuk menyemai roh perjuangan HPA dikalangan staf dan Pengarah Jati Setia (PJS). Kursus ini mempunyai 7 tahap iaitu darjah awal sehingga darjah tujuh. Sehingga kini KPHPA darjah awal telah dijalankan sebanyak 7 kumpulan iaitu 5 kumpulan untuk staf HPA dan 2 kumpulan untuk PJS.

Sebanyak 235 staf dan 70 orang PJS telah menghadiri kursus ini dengan jayanya di HPA City Sungai Petani, Kedah. Semoga kursus ini dapat diteruskan dengan izin dan bantuan dari Allah s.w.t.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP