Rabu, Januari 27, 2010

Perjalanan Musafirku

Musafir oh musafir,

Dengan gementar ku melangkah kakiku ke stesyen bas,
Dengan cemas ku mengejar bas yang akan ku naiki,
Dengan penuh takut ku berjaya menaiki bas yang telah
bergerak keluar dari stesyennya yang sepatutnya aku
menaiki bas di sana.

Dengan lafaz syukur Alhamdulillah ku jejakkan kakiku
ke bas untuk bergerak ke Kluang, Johor pada jam 10.30 malam,
Dengan dingin malam ku tinggalkan kilauan lampu
di bandar Sungai Petani bagi memulakan musafirku.

Musafir oh musafir,
Dengan dingin malam terasa sampai ke tulang
ku nikmatinya dengan rasa syukur,
Dengan tidak semena-mena suasana berubah menjadi panas,
penghawa dingin tidak berfungsi.

Dengan panas yang semakin membahang
ku pejamkan mata untuk melelapkan diri,
tapi ternyata tidak berjaya kerana suasana yang panas,
Dengan masa 2 jam perjalanan dalam keadaan yang panas
ku tiba di Medan Gopeng, Ipoh.

Musafir oh musafir,

Dengan panas yang tidak kurang sedikitpun
ku teruskan musafirku.
Dengan rasa hati yang membara ku angkat tangan ku
lalu berdoa kepada Illahi agar keluarkan
aku dari suasana ini.

Dengan penuh tanda tanya???
Apakah dosaku, sehingga diuji begini?
Dengan penuh kesyukuran, bas akhirnya bergerak
dengan pintu hadapan terbuka yang membawa udara masuk.
Dengan suasana yang sedikit selesa ku teruskan
musafirku sehingga ke Tangkak, Johor.

Musafir oh musafir,

Dengan kaki yang lenguh dan sakit
ku melangkah keluar bas untuk menukar bas bagi
meneruskan musafirku ke Kluang, Johor.
Dengan rasa syukur, bas yang baru ini dalam keadaan
yang selesa penghawa dinginnya berfungsi dengan baik,
Dengan rasa leganya ku tiba di Kluang, Johor jam 7.00pg.

Begitulah perjalanan musafirku, walaupun ujian yang menimpa
ku teruskan jua demi untuk mendidik saudara Islamku dalam HPA
supaya mempunyai roh perjuangan HPA untuk membangunkan
ekonomi Islam dan hanya bekerja untuk mendapat keredhaan ALLAH
dan bukanlah ganjaran dunia semata-mata.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

0 comments:

About This Blog

HPA Training bertanggungjawab dalam mengendalikan Kursus/Latihan kepada staf HPA, PJS, Ahli HPA dan sebagainya. Jabatan ini terbahagi kepada dua iaitu Latihan Dalaman (khusus kepada staf) dan Latihan Luaran (khusus kepada PJS dan ahli HPA). Antara latihan yang telah dijalankan ialah Kursus Penghayatan HPA-Darjah Awal (KPHPA), Sijil Herbalis, Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC) dan lain-lain lagi.

Kursus penghayatan HPA darjah awal (KPHPA) merupakan Ilham Pengarah urusan HPA yang bertujuan untuk menyemai roh perjuangan HPA dikalangan staf dan Pengarah Jati Setia (PJS). Kursus ini mempunyai 7 tahap iaitu darjah awal sehingga darjah tujuh. Sehingga kini KPHPA darjah awal telah dijalankan sebanyak 7 kumpulan iaitu 5 kumpulan untuk staf HPA dan 2 kumpulan untuk PJS.

Sebanyak 235 staf dan 70 orang PJS telah menghadiri kursus ini dengan jayanya di HPA City Sungai Petani, Kedah. Semoga kursus ini dapat diteruskan dengan izin dan bantuan dari Allah s.w.t.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP