Khamis, Ogos 27, 2009

Kedai Komputer (HPA Multimedia Sales & Service)

Sebuah lagi kedai yang bernaung dibawah Syarikat Mutiara Hikmah Sdn.Bhd. ialah kedai komputer iaitu (HPA Multimedia Sales & Service). Kedai komputer membekalkan set komputer, laptop, dan lain-lain aksesori seperti printer, ink, pendrive,card reader, laptop cooler, dan sebagainya. Selain itu perkhidmatan format laptop dan komputer juga disediakan.

Sehingga kini kedai ini telah membekalkan lebih 10 buah laptop dan melebihi 40 buah set komputer untuk kegunaan anak syarikat HPA. Pelanggan juga diberikan pilihan sama ada membeli komputer mengikut set sedia ada atau set pilihannya sendiri. Pelanggan juga diberi peluang untuk memilih laptop atau komputer mengikut budgetnya sendiri. Datanglah beramai-ramai untuk membeli keperluan komputer anda disini.

Read more...

Rabu, Ogos 26, 2009

Kedai Buku Mutiara Hikmah

Kedai buku bertempat di Lagenda Height, Sungai Petani. Mula beroperasi pada bulan Jun 2009 sehingga kini kedai buku telah memiliki lebih 1000 judul buku. Antara koleksi yang terdapat disini ialah Al-Quran (Rasm Uthmani), Al-Quran & terjemahan, Al-Quran tajwid & terjemahan, kitab-kitab agama, kitab hadis, buku motivasi, buku ubatan herba HPA, majalah dan lain-lain lagi. Antara majalah yang mendapat tumpuan ialah majalah Anis. Majalah Anis memberikan maklumat tentang perkembangan HPA dalam setiap keluaran bulanannya.

Read more...

ITHPA

Satu lagi Jabatan dibawah Mutiara Hikmah Sdn.Bhd. Jabatan ITHPA dengan objektifnya "Pembangunan Sumber Insan dan Sumber Alam Secara Optimum" merupakan platform baru HPA Industries Sdn.Bhd. dalam urusan pengambilan staf baru. Jabatan ini wujud dengan harapan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada semua insan di Malaysia. Kepada semua insan untuk masuk bekerja bersama HPA ialah melalui ITHPA.

Langkah 1
Mengikuti taklimat ITHPA dan peluang kerjaya. Taklimat ini bertujuan untuk menjelaskan bagaimana proses pengambilan peserta kursus, prosedur mengisi borang dan syarat-syarat tertentu untuk menyertai ITHPA. Selesai taklimat sesi temuduga ringkas akan diadakan untuk mengenal pasti mereka yang berminat untuk menyertai ITHPA.

Langkah 2
Mengikuti Kursus Keusahawanan Umum (KKU). Kursus ini adalah percuma yang melibatkan 12 kuliah dalam masa sebulan. Kursus ini diadakan 3 kali seminggu dan kehadiran adalah wajib 100%. Setelah tamat KKU sesi temuduga akan diadakan. Mereka yang terpilih untuk bekerja wajib mengikuti semua tahapan ini.

Langkah 3
Mengikuti Kursus Latihan Asas Kerjaya (KAK). Kursus ini berbayar, yuran sebanyak RM500 iaitu Pendaftaran RM50, Penginapan RM50, dan Kuliah RM400. Mereka yang gagal yuran akan dikembalikan.

Read more...

Selasa, Ogos 25, 2009

HPA Training

HPA Training bertanggungjawab dalam mengendalikan Kursus/Latihan kepada staf HPA, PJS, Ahli HPA dan sebagainya. Jabatan ini terbahagi kepada dua iaitu Latihan Dalaman (khusus kepada staf) dan Latihan Luaran (khusus kepada PJS dan ahli HPA). Antara latihan yang telah dijalankan ialah Kursus Penghayatan HPA-Darjah Awal (KPHPA), Sijil Herbalis, Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC) dan lain-lain lagi.

Kursus penghayatan HPA darjah awal (KPHPA) merupakan Ilham Pengarah urusan HPA yang bertujuan untuk menyemai roh perjuangan HPA dikalangan staf dan Pengarah Jati Setia (PJS). Kursus ini mempunyai 7 tahap iaitu darjah awal sehingga darjah tujuh. Sehingga kini KPHPA darjah awal telah dijalankan sebanyak 7 kumpulan iaitu 5 kumpulan untuk staf HPA dan 2 kumpulan untuk PJS.

Sebanyak 235 staf dan 70 orang PJS telah menghadiri kursus ini dengan jayanya di HPA City Sungai Petani, Kedah. Semoga kursus ini dapat diteruskan dengan izin dan bantuan dari Allah s.w.t.

Read more...

Mutiara Hikmah Sdn.Bhd.

Dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim pengurusan Mutiara Hikmah Sdn.Bhd. memulakan pentadbirannya sendiri. Semoga dengan lafaz kalimah mulia ini Syarikat Mutiara Hikmah Sdn.Bhd. dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t serta dapat meneruskan operasinya dengan cemerlang dan terus berjaya InsyaAllah.

Read more...

About This Blog

HPA Training bertanggungjawab dalam mengendalikan Kursus/Latihan kepada staf HPA, PJS, Ahli HPA dan sebagainya. Jabatan ini terbahagi kepada dua iaitu Latihan Dalaman (khusus kepada staf) dan Latihan Luaran (khusus kepada PJS dan ahli HPA). Antara latihan yang telah dijalankan ialah Kursus Penghayatan HPA-Darjah Awal (KPHPA), Sijil Herbalis, Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC) dan lain-lain lagi.

Kursus penghayatan HPA darjah awal (KPHPA) merupakan Ilham Pengarah urusan HPA yang bertujuan untuk menyemai roh perjuangan HPA dikalangan staf dan Pengarah Jati Setia (PJS). Kursus ini mempunyai 7 tahap iaitu darjah awal sehingga darjah tujuh. Sehingga kini KPHPA darjah awal telah dijalankan sebanyak 7 kumpulan iaitu 5 kumpulan untuk staf HPA dan 2 kumpulan untuk PJS.

Sebanyak 235 staf dan 70 orang PJS telah menghadiri kursus ini dengan jayanya di HPA City Sungai Petani, Kedah. Semoga kursus ini dapat diteruskan dengan izin dan bantuan dari Allah s.w.t.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP