Khamis, Ogos 27, 2009

Kedai Komputer (HPA Multimedia Sales & Service)

Sebuah lagi kedai yang bernaung dibawah Syarikat Mutiara Hikmah Sdn.Bhd. ialah kedai komputer iaitu (HPA Multimedia Sales & Service). Kedai komputer membekalkan set komputer, laptop, dan lain-lain aksesori seperti printer, ink, pendrive,card reader, laptop cooler, dan sebagainya. Selain itu perkhidmatan format laptop dan komputer juga disediakan.

Sehingga kini kedai ini telah membekalkan lebih 10 buah laptop dan melebihi 40 buah set komputer untuk kegunaan anak syarikat HPA. Pelanggan juga diberikan pilihan sama ada membeli komputer mengikut set sedia ada atau set pilihannya sendiri. Pelanggan juga diberi peluang untuk memilih laptop atau komputer mengikut budgetnya sendiri. Datanglah beramai-ramai untuk membeli keperluan komputer anda disini.

0 comments:

About This Blog

HPA Training bertanggungjawab dalam mengendalikan Kursus/Latihan kepada staf HPA, PJS, Ahli HPA dan sebagainya. Jabatan ini terbahagi kepada dua iaitu Latihan Dalaman (khusus kepada staf) dan Latihan Luaran (khusus kepada PJS dan ahli HPA). Antara latihan yang telah dijalankan ialah Kursus Penghayatan HPA-Darjah Awal (KPHPA), Sijil Herbalis, Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC) dan lain-lain lagi.

Kursus penghayatan HPA darjah awal (KPHPA) merupakan Ilham Pengarah urusan HPA yang bertujuan untuk menyemai roh perjuangan HPA dikalangan staf dan Pengarah Jati Setia (PJS). Kursus ini mempunyai 7 tahap iaitu darjah awal sehingga darjah tujuh. Sehingga kini KPHPA darjah awal telah dijalankan sebanyak 7 kumpulan iaitu 5 kumpulan untuk staf HPA dan 2 kumpulan untuk PJS.

Sebanyak 235 staf dan 70 orang PJS telah menghadiri kursus ini dengan jayanya di HPA City Sungai Petani, Kedah. Semoga kursus ini dapat diteruskan dengan izin dan bantuan dari Allah s.w.t.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP