Rabu, Ogos 26, 2009

Kedai Buku Mutiara Hikmah

Kedai buku bertempat di Lagenda Height, Sungai Petani. Mula beroperasi pada bulan Jun 2009 sehingga kini kedai buku telah memiliki lebih 1000 judul buku. Antara koleksi yang terdapat disini ialah Al-Quran (Rasm Uthmani), Al-Quran & terjemahan, Al-Quran tajwid & terjemahan, kitab-kitab agama, kitab hadis, buku motivasi, buku ubatan herba HPA, majalah dan lain-lain lagi. Antara majalah yang mendapat tumpuan ialah majalah Anis. Majalah Anis memberikan maklumat tentang perkembangan HPA dalam setiap keluaran bulanannya.

0 comments:

About This Blog

HPA Training bertanggungjawab dalam mengendalikan Kursus/Latihan kepada staf HPA, PJS, Ahli HPA dan sebagainya. Jabatan ini terbahagi kepada dua iaitu Latihan Dalaman (khusus kepada staf) dan Latihan Luaran (khusus kepada PJS dan ahli HPA). Antara latihan yang telah dijalankan ialah Kursus Penghayatan HPA-Darjah Awal (KPHPA), Sijil Herbalis, Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC) dan lain-lain lagi.

Kursus penghayatan HPA darjah awal (KPHPA) merupakan Ilham Pengarah urusan HPA yang bertujuan untuk menyemai roh perjuangan HPA dikalangan staf dan Pengarah Jati Setia (PJS). Kursus ini mempunyai 7 tahap iaitu darjah awal sehingga darjah tujuh. Sehingga kini KPHPA darjah awal telah dijalankan sebanyak 7 kumpulan iaitu 5 kumpulan untuk staf HPA dan 2 kumpulan untuk PJS.

Sebanyak 235 staf dan 70 orang PJS telah menghadiri kursus ini dengan jayanya di HPA City Sungai Petani, Kedah. Semoga kursus ini dapat diteruskan dengan izin dan bantuan dari Allah s.w.t.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP