Rabu, Disember 30, 2009

KPHPA Darjah Awal Kumpulan 20

Apa menariknya KPHPA DA Kumpulan 20 ?

Menariknya ialah bersama kita dalam kumpulan ini ialah sahabat pengarah urusan HPA iaitu,
En Tansidi @ Ibrahim bin Saidin. Beliau merupakan staf HPA ke 46. Sekarang HPA telah mempunyai 2000 orang staf. Dalam majlis penutup beliau berkongsi pengalamannya bersama HPA.

Ceritanya, beliau telah bersama Tn Hj Ismail Ahmad sejak di LPP Perlis. HPA bermula dengan pembuatan ubat dengan cara maajun, kemudian ubat periuk (SLM). Setelah menjadi anak angkat Bank Pembangunan, HPA memiliki sebuah kilang di Kuala Perlis. Dari situlah HPA mendapat GMP dan bermulalah era MLM atau jualan langsung.

Setelah itu HPA membuat ubatan kapsul dan membeli mesin-mesin baru bagi memudahkan operasi pengeluaran. Banyak leader-leader lain menyertai HPA. Jualan HPA meningkat. Setelah itu leader-leader mula meminta insentif demi insentif yang tidak munasabah tetapi tidak ditunaikan, maka mereka meninggalkan HPA. Jualan HPA jatuh. Tetapi seperti kata Pengarah Urusan HPA berniaga dengan Allah dan Allah yang akan menentukan jatuh bangunnya HPA.

Alhamdulillah HPA kini telah bangun semula dengan kekuatan ekonomi yang cukup mantap.
Menurut beliau lagi program perjumpaan staf dan program-program lain dulu diadakan di Dewan Amir Ramadhan, HQ, Jejawi Perlis. Usrah seringkali diadakan di Changkat Lada iaitu rumah Pengarah Urusan.

Nasihat beliau kepada staf HPA, mereka sendiri harus menjadi produk kepada umat Islam yang lain melalui cara pemakaian dan sebagainya seperti yang dikehendaki oleh Islam supaya umat Islam lain dapat menjadikan staf HPA sebagai contoh.

Moga-moga perkongsian pengalaman En Ibrahim Saidin yang kini bertugas di cawangan HPA Padang Besar dapat membuka minda-minda staf HPA yang baru. Sama-samalah kita berdoa agar kita dapat menuruti nasihat beliau. Amin


"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

0 comments:

About This Blog

HPA Training bertanggungjawab dalam mengendalikan Kursus/Latihan kepada staf HPA, PJS, Ahli HPA dan sebagainya. Jabatan ini terbahagi kepada dua iaitu Latihan Dalaman (khusus kepada staf) dan Latihan Luaran (khusus kepada PJS dan ahli HPA). Antara latihan yang telah dijalankan ialah Kursus Penghayatan HPA-Darjah Awal (KPHPA), Sijil Herbalis, Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC) dan lain-lain lagi.

Kursus penghayatan HPA darjah awal (KPHPA) merupakan Ilham Pengarah urusan HPA yang bertujuan untuk menyemai roh perjuangan HPA dikalangan staf dan Pengarah Jati Setia (PJS). Kursus ini mempunyai 7 tahap iaitu darjah awal sehingga darjah tujuh. Sehingga kini KPHPA darjah awal telah dijalankan sebanyak 7 kumpulan iaitu 5 kumpulan untuk staf HPA dan 2 kumpulan untuk PJS.

Sebanyak 235 staf dan 70 orang PJS telah menghadiri kursus ini dengan jayanya di HPA City Sungai Petani, Kedah. Semoga kursus ini dapat diteruskan dengan izin dan bantuan dari Allah s.w.t.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP