Khamis, Disember 31, 2009

Majlis Ulang Tahun Muslimah Skincare ke-3

Majlis ini diadakan di Restoran Makanan Cina milik HPA iaitu, Radix Oriental Cuisine (ROC). Majlis ini dihadiri oleh seluruh warga Muslimah Skincare disamping tetamu jemputan daripada bahagian pengurusan tertinggi HPA yang terdiri daripada GM, AGM dan Pengurus Syarikat.

Dalam majlis ini seluruh warga Muslimah Skincare diraikan melalui cabutan bertuah. Hadirin yang hadir terhibur dengan persembahan Amran, HPA Raihan dan montaj ulang tahun ke-3 muslimah skincare. Montaj ulang tahun disediakan oleh pegawai latihan dan multimedia Mutiara Hikmah Sdn.Bhd.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dari qari jemputan dari KUIN (Insaniah). Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Urusan HPA iaitu, yang berbahagia Tn Hj Ismail Ahmad.

Ucapan beliau,


Muslimah skincare membuat lompatan yang tinggi iaitu hampir 100% peningkatan jualan. Pada tahun awal penubuhan iaitu Julai 2007 jualan sebanyak RM 796,000 tahun 2008 jualan RM 1.4 juta dan tahun ini 2009 jualan sebanyak RM 2.26 juta.

Ahli ekonomi selalu berbisik kepada dirinya bahawa " kita adalah syarikat besar" pada setiap hari, dan ini telah mempengaruhi minda dibawah sedar untuk menuju impian itu. HPA nak memiliki menara. Impian besar ini akan melonjakkan pasaran kita. Deposit RM 500,000 telah dibayar. Selepas tantdatangan dokumen bayar lagi RM 5 juta dalam masa 2 bulan. Kata beliau jika kita ada duit kita akan bayar cash. Menara HPA bernilai RM 54 juta itu terletak di seksyen 13 Shah Alam, Selangor.

Untuk terus kekal dalam dunia perniagaan kita perlu wujudkan perniagaan lain yang besar untungnya bagi menampung perniagaan lain yang kecil keuntungannya. Perniagaan MLM perlu dikembangkan lagi. Disamping penjualan produk harian yang semakin berkembang kita perlu menumpukan kepada bidang kosmetik yang besar jumlah untungnya.

RFC, ROC, RBH dibuat menggunakan duit AWM. Waktu itu AWM mempunyai lebihan duit yang banyak hasil daripada penjualan ubatan herba yang baik.

Muslimah perlu selesaikan kilang kosmetik di Napoh kerana telah hampir mendapat status GMP. Dapatkan GMP pada tahun 2010 kerana kita mahu melangkah lebih jauh. 2010 pastikan pasaran kosmatik dapat diambil alih oleh HPA.

Perkara kedua ditegaskan oleh beliau ialah, perniagaan mestilah ada mata rantai. Wujudkan rantaian pengeluaran asas barulah kita boleh maju. Sabun centella perlulah ada bahan mentah iaitu pegaga, maksudnya perlu diwujudkan ladang pegaga. Walau pun pada peringkat permulaan kita menanam pegaga tetapi mati semua. Itu adalah satu ilmu baru yang kita dapat.

Orang yang berjaya melalui fasa yang kegagalan, ujian yang berliku-liku, penuh onak dan duri sebelum mencapai kejayaan yang hebat. Kita juga untuk berjaya perlu melalui jalan yang sedemikian.

Tahun 2010, perlu diwujudkan perjanjian yang dibuat oleh bahagian undang-undang HPA supaya setiap perjanjian tidak akan merugikan kita.

Pekerja kontrak atau tetap adalah terpulang kepada diri warga HPA sendiri. Pihak syarikat tidak pernah berfikir untuk buang pekerjanya walaupun berstatus kontrak. Pesanan kepada staf nak apa-apa minta, jangan ambil. Jika ambil juga dia telah memilih untuk diberhentikan kerjanya. Kelemahan komunikasi akan menjatuhkan perniagaan kita.

Cerita Tn Hj lagi,

Sahabatnya Azizan seorang buta berasal dari Kangar, Perlis. Berkahwin dengan seorang isteri yang cukup sifatnya. Mereka berniaga kraftangan di pekan Kangar dengan menaiki basikal. Suami mengayuh dan isteri mengawal handle basikal. Suatu kombinasi yang cukup hebat. Jika diberikan sumbangan kepada beliau, dia akan berkata 'saya boleh bekerja'. Ini adalah ungkapan orang yang hebat. Walaupun kurang sifatnya tetapi beliau tidak hanya berserah kepada takdir sebaliknya mencari jalan keluar.

HPA akan tumpukan kosmetik pada tahun 2010 disamping produk AWM yang margin keuntungannya yang rendah, maka kosmetiklah yang akan dapat menampung keuntungan yang sedikit itu.

Pada 24 Jan 2010 akan diadakan Hari Warga HPA. Semua warga HPA dijemput hadir.

Assalamualaikum w.b.t

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

0 comments:

About This Blog

HPA Training bertanggungjawab dalam mengendalikan Kursus/Latihan kepada staf HPA, PJS, Ahli HPA dan sebagainya. Jabatan ini terbahagi kepada dua iaitu Latihan Dalaman (khusus kepada staf) dan Latihan Luaran (khusus kepada PJS dan ahli HPA). Antara latihan yang telah dijalankan ialah Kursus Penghayatan HPA-Darjah Awal (KPHPA), Sijil Herbalis, Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC) dan lain-lain lagi.

Kursus penghayatan HPA darjah awal (KPHPA) merupakan Ilham Pengarah urusan HPA yang bertujuan untuk menyemai roh perjuangan HPA dikalangan staf dan Pengarah Jati Setia (PJS). Kursus ini mempunyai 7 tahap iaitu darjah awal sehingga darjah tujuh. Sehingga kini KPHPA darjah awal telah dijalankan sebanyak 7 kumpulan iaitu 5 kumpulan untuk staf HPA dan 2 kumpulan untuk PJS.

Sebanyak 235 staf dan 70 orang PJS telah menghadiri kursus ini dengan jayanya di HPA City Sungai Petani, Kedah. Semoga kursus ini dapat diteruskan dengan izin dan bantuan dari Allah s.w.t.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP