Pengalaman Manis 09
Program Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC) pada 19 dan 20 Disember 2009.
Mengapa dikatakan program ini sebagai pengalaman manis?
Ini kerana program PIC kali ini dihadiri oleh 207 orang peserta yang terdiri dari penerima pakej pelancongan di Konvek, ahli HPA diseluruh Malaysia dan staf HPA Kemboja. Program ini diadakan di Dewan Amir Ramadhan, Kompleks Pentadbiran HPA, Jejawi Perlis. Dewan yang biasanya dapat menampung 100 orang pada satu masa kini dimuatkan 200 orang lebih bagi program PIC.
Cuba anda bayangkan.....
Kehadiran peserta yang banyak ini menjadikan urusetia program kelam kabut. Dewan yang begitu dingin dengan 6 buah air-cond bertukar menjadi seperti microwave. Urusetia mengambil inisiatif dengan mencari kipas dikilang-kilang HPA berdekatan. Hasilnya 3 biji kipas dimasukkan di dalam dewan tersebut.
Bermula dengan kehadiran peserta urusetia bekerja keras untuk menjemput peserta. Ada yang tiba di Sungai Petani, stesen bas Alor Setar, stesen bas Kangar, stesen keretapi Arau, lapangan terbang Bayan Lepas Pulau Pinang dan yang datang sendiri. Bermula jam 2.00 pagi urusetia menjemput peserta di lapangan terbang dibantu oleh abang Hashim. Seterusnya jam 5.00 pagi banyak peserta tiba di stesen bas. Kenderaan yang digunakan hanyalah dua biji van dan estima, urusetia bekerja keras berulang-alik menjemput peserta, lebih daripada separuh peserta yang hadir menggunakan kenderaan awam. Jadi bayangkanlah berapa kali urusetia harus ulang-alik dari HQ ke stesen bas.
Semasa pendaftaran beg dan nota kuliah tidak mencukupi untuk peserta kursus. Pertambahan peserta berlaku pada hari pendaftaran. Seterusnya sarapan pagi juga tidak mencukupi. Semua makanan disediakan oleh RCH Sdn.Bhd. Bertambahlah kelam-kabut urusetia program. Pada mulanya hanya 2 buah khemah makanan disediakan, tetapi tidak mencukupi. Pada jam 11.00 pagi 2 buah khemah lagi ditambah untuk menampung 200 orang makan.
Kuliah hari pertama pun selesai, tibalah waktu pulang untuk berehat. Penginapan disediakan 1.Hotel Soo Guan Villa, 2. Hotel Federal dan 3. Homestay Jejawi. 1 lagi pengalaman manis terjadi, kunci hotel diserahkan kepada pemilik yang salah, kunci hotel lain diberikan kepada penghuni hotel lain, ada yang peserta pulang tanpa memberitahu urusetia menyebabkan biliknya kosong tanpa penghuni dan ada juga membuat keputusan untuk tidur di surau dan dewan sahaja. Bagaimanapun penginapan dapat diselesaikan dengan baik, bas dan van disediakan untuk membawa peserta ke tempat penginapan.
Hari kedua bermula. Bagi program PIC slot kuliah herba disampaikan sepenuhnya oleh yang berbahagia Tn Hj Ismail Ahmad, Pengarah Urusan HPA. Terdapat booth jualan yang disediakan kepada Mutiara Hikmah dan HPA Mall. Mineral water tester dan clay pot dilelong dengan harga RM10 setiap satu. Lagi pengalaman manis kerana booth diserbu oleh peserta, kerana permintaan melebihi penawaran.
Kuliah pun selesai, tibalah waktu majlis penutupan. Sijil pulak tak cukup, lagi 1 pengalaman manis. Tamat kursus masalah pengangkutan pulak, nak hantar peserta ke stesen bas, ada nak ke Sungai Petani, Alor Setar dan sebagainya. Kursus tamat petang tapi, sampai malam menguruskan penghantaran peserta, memulangkan kunci homestay dan hotel, lagi 1 pengalaman manis.
Semuanya selesai, kini tiba giliran urusetia untuk pulang. Urusetia tiada kenderaan untuk pulang, kerana van yang ada disewa di Perlis. Urusetia lelaki yang tiada kenderaan menginap satu malam lagi di dewan Amir Ramadhan. Esok paginya barulah pulang ke Sungai Petani, menaiki Estima dan Hilux.
Terima kasih diucapkan kepada semua urusetia yang terlibat, tidak bercuti di Awal Muharam dan pada hari minggu. Memulakan tugas seawal 2.00 pagi untuk memastikan perjalanan program berjalan lancar. Berulang-alik ke hotel dan homestay untuk memastikan penginapan yang selesa. Bertungkus-lumus dan bekerjasama dengan baik untuk menjalankan program PIC kali ini.
Syabas, teruskan perjuangan.
"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"
0 comments:
Catat Ulasan