Sumber Makanan Yang Halal dan Elok Adalah Syarat Doa Diterima
Daripada Abu Hurairah r.'a: Rasullullah s.'a.w bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH itu baik, Dia tidak akan menerima
melainkan yang baik sahaja.
Sesungguhnya ALLAH telah memerintahkan
golongan mukminin sama sebagaimana
Dia memerintahkan para Rasul.
ALLAH berfirman: "Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang soleh."
(al-Mukminun, 23:51).
ALLAH berfirman lagi: "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu." (al-Baqarah, 2:172).
Kemudian Rasulullah s.'a.w menyebut tentang seorang lelaki yang telah berjalan jauh. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon: Ya Tuhanku...! Ya Tuhanku...! Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram, dan pakaiannya dari yang haram, serta ia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Bagaimana mungkin doanya dikabulkan." (Riwayat Muslim)
Intipati hadith ini ialah,
ALLAH SWT tidak menerima perbuatan, perkataan dan harta melainkan yang baik. Ia menjadi baik dengan mengikhlaskan kepada ALLAH, memakan makanan yang halal dan tidak memakan makanan yang haram. Amal yang tidak baik, tidak diterima ALLAH.
Amalan soleh diperintahkan dan digesa oleh ALLAH SWT untuk dilaksanakan. Ia adalah bekal yang dibawa ke alam kubur. Orang yang sedang nazak amat mengharapkannya. Ahli neraka ingin kembali ke dunia untuk melakukan amalan soleh.
Beberapa sebab yang memungkinkan doa seseorang mustajab, antaranya ialah bermusafir, berpenampilan zuhud dan menadah tangan memohon hajat kepada ALLAH dengan bersungguh-sungguh.
Dari hadis ini Rasulullah s.a.w bersabda orang yang musafir
doanya diterima tanpa hijab, tetapi kerana memakan yang haram,
melakukan perbuatan yang haram dan memakai pakaian yang haram maka doanya tidak diterima ALLAH. Hadis ini menerangkan kepada kita bahawa pentingnya makanan yang kita makan setiap hari. Walaupun makanan itu halal kita juga mesti mendapatkannya dengan cara yang halal, jika tidak ia dikira haram walau pun pada asalnya ianya halal seperti mendapatkan makanan dengan cara mencuri.
Di zaman ini banyak orang bekerja ditempat yang jauh dari tempat tinggal mereka. Ini kerana keadaan ekonomi, sewa rumah yang mahal menyebabkan ini berlaku. Istimewanya kita kerana setiap hari kita dapat bermusafir, kerana orang musafir doanya diterima ALLAH tanpa hijab.
Tetapi AWAS !!!!
Adakah kita menjaga apa yang masuk ke dalam mulut kita?
Nasi yang kita makan sumbernya dari pendapatan mana?
Ayam yang kita makan, adakah Halal?
Kosmetik yang kita gunakan setiap hari, adakah tiada unsur yang haram?
Ubat gigi yang kita gunakan, adakah Halal?
Pastikanlah kita bebas dari makanan yang haram,
InsyaALLAH doa kita dimakbulkan ALLAH.
Marilah kita bersama HPA.
HPA memberikan maklumat tentang Halal dan Haram sesuatu produk
yang kita gunakan. HPA menyediakan makanan yang Halal
dari kilang HPA sendiri. Tangan-tangan yang menyediakan makanan
ini ialah mereka yang berzikir Al-Mathurat, solat Dhuha, sentiasa berwudhu'
dan solat berjamaah serta tidak merokok.
HPA mempunyai Panel Syariah yang berperanan untuk menyelidik
dan meluluskan sesuatu produk baru yang akan dikeluarkan.
HPA = Harapan Paling Akhir
HPA = Hadiah Pemberian Allah
HPA = Hanya Pada Allah.
"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"
0 comments:
Catat Ulasan